Blood And Music Part 5

Maria : Apa maksud awak , hati awak hilang ?
Adam merenung piano itu . rasanya dia mahu sahaja mengambil kapak untuk menjahanamkan piano itu . tetapi dia tahu bahawa itu adalah perkara yang bodoh . kemudian , pandangannya itu beralih kepada Maria yang menantikan jawapan daripadanya . Pernyataan yang penuh teka-teki itu tidak dapat diselesaikan oleh Maria sendiri . 
Adam : saya sudah lama mati , Maria . Saya ini mayat .
Maria : maksud awak ? -.-
Tiba-2 , deringan telefon bimbit mula membingit . Maria melihat siapakah gerangan yang menelefonnya . Mama . segera Maria menjawab panggilan tersebut . 
Maria : Helo ma .
Mama : Maria dekat mana sekarang ni ? Mama dah tunggu lama depan sekolah . Mama dah cakap banyak kali , jangan merayau-rayau . duduk saja depan pagar sekolah . degi betul lah !
Maria : mama mama mama...... sorry sangat-2 . maria nak cari 'sesuatu' dekat sekolah . dan rasanya Maria dah jumpa dah 'sesuatu' tu .
Mama : baiklah . tetapi cepat sikit . mama tak nak tunggu lama depan sekolah ni . 
Maria : ok-2 . tunggu Maria ya . Bye....
Maria segera berkemas . Dia sudah terlambat ! Dia tidak mahu membiarkan si ibu tertunggu-tunggu . Nampak gayanya dia harus bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berhadapan dengan mamanya akan membebel seperti das tembakan yang bertalu-talu itu . 
Maria : Adam , maafkan saya sebab mak saya.....
Adam menghilang . Lesap . tidak dapat dikesan lelaki itu . Maria kehairanan dan pada waktu yang sama dia menantikan penjelasan Adam yang tergantung itu . Namun begitu , dia harus pantas ! mamanya setia menanti di depan pagar sekolah . 
*********************************
Maria memandang lelaki itu dengan penuh tanda tanya lalu berkata ''Awak , cuba ceritakan balik apa yang terjadi dekat sekolah petang tadi" Adam memerhati gadis bergaun putih itu . Si gadis comel itu membuatkan Adam tidak putus-putus memandang namun dia tahu tidak elok melihat anak dara sebegitu sekali .
Adam : Saya takut awak tak percayakan saya saja . 
Maria : ceritalah :o
*********************************
''Abang , macam mana dengan anak kita ini ?'' 
''Abang tidak tahu macam mana nak buat sayang..."
Lelaki berkaca mata itu sudah berkerut muka . dia sudah kebuntuan . dia lemah melihat anaknya terbaring longlai diatas katil hospital itu . Tiba-tiba , datang seorang jururawat mengatakan waktu melawat sudah tamat . dalam terpaksa , keluarga itu terpaksa pergi . 
Adam yang lesu itu sudah mula menangis . Dia sedih kerana dia telah membuat keluarganya sedih . Tetapi dia redha dengan ketentuan takdir bahawa dia telah terlibat kemalangan jalanraya . Dia sudah merasakan nyawa sudah tidak panjang . Adam menangis teresak-esak namun tidak didengari oleh sesiapa . 
Kedatangan Doktor Amirul mengejutkan si pesakit itu . Riak mukanya seperti ada berita buruk yang ingin disampaikan . 
Dr Amirul : saya minta maaf . saya rasa nyawa awak tidak boleh diselamatkan . 
Adam : tetapi doktorr....... saaa...yaa.... masiiih.... (tersekat-sekat)
Dr Amirul : maafkan saya . kalau awak mahu hidup saya terpaksa buat cara terakhir . 
Adam : ....aaa..paa.....??
Tanpa membuang masa Dr Amirul segera datang dekat kepadanya dan.....

menghisap darah Adam !
Adam meraung kesakitan namun ditekup mulutnya agar tidak dengari penghuni hospital itu . Mata Adam berpinar-pinar . Bayangan wajah Dr Amirul dengan mulutnya yang berlumuran darah itu agak kabur dan dia tidak nampak apa-apa . 
************************************
Adam : selepas itu , saya sedarkan diri . saya berada di sebuah bilik berwarna yang serba hitam . Dr Amirul ada waktu itu . saya tanya bagaimana saya boleh bernyawa lagi . Dr Amirul suruh saya tengok dekat cermin dan saya dalammm.... (terdiam)
Maria : keadaan macam mana ?
Adam berdiri dan tidak beberapa kemudian Maria sudah nampak gigi taringnya jelas . Maria menjauhkan diri .
Adam : maaf . awak adalah makanan saya . sebab itu saya boleh berubah dihadapan awak . maafkan saya . 
Maria : awak pernah hisap darah manusia ke sebelum ini ?
Adam : tak . darah binatang saja . itupun , saya asyik berlebam tangan tumbuk dinding sebab saya kena kawal nafsu saya dengan darah manusia . Dr Amirul juga tidak hisap darah manusia . 
Maria : owhhh . sekarang awak tinggal dengan siapa ? 
Adam : saya tinggal dengan Dr Amirul . Mak dan Ayah saya dah lama meninggal sebab ada sekumpulan puak drakula lain menyerang mereka . rupanya , adik beradik ayah saya ada keturunan drakula . saya tidak faham motif mereka bunuh ibubapa saya . 
Maria : awak umur berapa dah ?
Adam : diikutkan saya mati pada tahun 1988 .

bersambung......

Jangan Copy ! Thanks sudi baca :)