Blood And Music Part 3

Cikgu Nur : Baiklah , sekarang kamu semua boleh keluarkan buku Bahasa Melayu kamu dan buka surat 53 .
Mary : Cikgu , kita berlajar komsas lagi ya ? :D
Cikgu Nur : Ya , saya mahu kamu membaca sebuah syair . Saya buat begini kerana manalah tahu , ada diantara kamu ini ada bakat yang terpendam . Selain itu juga , saya ingin menjemput kepada yang berminat memasuki ujibakat ''Blood And Music Musical''.
Ali : Cikgu , bunyi tajuknya macam pelik saja -.-
Cikgu Nur : Memanglah pelik  sebab pengetua sekolah kita ingin mengambil tema ''Horror'' tahun ini . Perlulah ada gimik sedikit .
Mary : Saya rasa Maria akan menyertai ujibakat itu . Tengok rupa pun sudah tahu . entah layak ke tidak pergi ke ujibakat itu *menjeling*
Semua pelajar dalam kelas ketawa dengan gawatnya . mana mungkin 'budak hantu' seperti Maria ada bakat . Bakat menjadi hantu mungkin boleh dipertimbangkan lagi . Adam disebelah Maria agak kurang senang dengan cara mereka lalu bangun .
Adam : tidak mengapa . saya rasa Maria ada bakat terpendam yang kamu semua tidak tahu . kalau kamu mahu tahu , Maria sangat mahir bermain piano :)
Maria menjegil matanya kepada lelaki kacak itu namun , apabila mata si teruna itu tajam memandangnya kembali , dia kembali normal seperti biasa . Barangkali dia takut dengan cara Adam memandangnya . Alia menggigit bibirnya . Bagaimana lelaki yang baru dikenali itu mengetahui bakat yang dia ada itu ? Dia harus menyiasat akan perkara tersebut !
Cikgu Nur : Awak pandai bermain piano , Maria ? Wah ! itu adalah kelebihan yang kamu ada .
Maria : cikgu , saya mana pandai main piano . Adam saja pandai-2 buat cerita . Baru kenal hari ini saja kot .
Adam : Hari ni ? Saya rasa kita dah kenal lama dah .
Adam memandang Maria dengan sedalamnya . Maria menjadi kecut perut seketika . Entah mengapa Maria merasakan Adam ialah seorang lelaki yang lain daripada yang lain .
Cikgu Nur : Apa yang kamu berdua mengarutkan ini ? o.O
Adam : takdelah . saya bagi suspen sahaja XD hehehe...
Pelajar perempuan di dalam kelas itu menghela nafas lega . nampaknya mereka tidak perlu menengking Maria kerana tidak memperkenalkan Adam yang dikatakan mereka sudah berkenal lama . Tambahan pula , terdapat sinar kebahagiaan di setiap mata gadis-2 ini untuk memikat hati si Adam yang kacak itu .
Cikgu Nur : apalah kamu ini , Adam . baiklah , kita sambung semula pembelajaran kita yang tertangguh sebentar tadi .
Pembelajaran Bahasa Melayu itu berjalan dengan lancar . Cara pengajaran Cikgu Nur begitu berkesan dan efisien sekali . tidak hairanlah kebanyakkan pelajar dalam kelasnya mampu mendapat gred A Bahasa Melayu .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maria mengerling di jam tangannya yang berwarna hitam itu . Sudah menunjukkan 3 petang namun batang hidung ibunya masih tidak kelihatan lagi . Ibunya memang agak lewat sedikit mengambilnya kerana dia terlalu sibuk dengan kerja-2 di rumah . Entah mengapa , Maria merasakan dia sudah lama tunggu padahal dia sudah mangli dengan keadaan tersebut .
''Hai Maria....''
Maria segera berpaling kepada empunya suara itu . Tidak lain tidak bukan , Adam yang telah dia langgar pagi tadi . Maria segera berpaling daripadanya . Barangkali cara Adam di kelas tadi agak menjengkelkan . Sangat menjengkelkan !
Adam : Maria , saya mahu minta maaf fasal pagi tadi . saya tidak bermaksud nak pecahkan rahsia awak kepada mereka .
Maria : tapi , bagaimana awak tahu bahawa saya pandai bermain piano ? Awak mengintip saya ya ? -.-
Adam : hmmm... awak dah lupakan saya rupanya . Awak dah lupa ke kita pernah berjumpa sebelum ini ?
Maria : setahu saya , kita berdua tidak pernah berjumpa , apatah lagi mahu ingin menceritakan masalah kepada awak :o
Adam : tetapi mengapa dengan lelaki drakula itu awak boleh layan dia dengan baik ?
Maria segera memandang lelaki itu . mukanya amat serius . Maria teringat akan mimpi buruknya itu .'Ya , lelaki drakula seperti Adam ! Maria ingin menjerit meminta tolong tetapi tidak terkeluar suaranya daripada peti suara .
Adam : ikut saya ! *tarik tangan Maria*
Maria : awak nak bawa saya kemana ?
Adam : saya nak bawa awak bermain piano semula :)
Maria *diam* . saya takut dengan awak .
Adam : awak boleh percayakan lelaki dalam mimpi awak itu , kenapa tidak kepada saya ? berikan saya peluang untuk menghidupkan semangat awak balik .
Maria mengerling sekali lagi jamnya . sudah pukul 3:15 petang . masih awal lagi .
Maria : baiklah , saya akan ikut awak tapi dengan syarat awak tak buat apa-2 kepada saya . janji ?
Adam : *angguk* ya , saya berjanji .
Mereka berdua terus masuk ke sekolah dan menuju ke bilik muzik yang sudah lama tidak digunakan.
bersambung.....

Jangan Copy ! Thanks sudi baca :)

2 comments:

Wan Aqilah said...

Jalan crita yg best....xsabar nk tunggu smbungannya.awk ade bkat utk jadi seorang novelis...

Ran Orkid said...

terima kasih :) saya buat cerita sebegini kerana minat saya yang mendalam di alam penulisan .

Post a Comment