Blood And Music Part 2

Maria : wah , datang dari mana alunan muzik ini ? 
Maria berada di sebuah dewan yang amat besar . keadaan di situ sangatlah sejuk dan mendamaikan . namun , dia masih tercari-cari dari mana alunan piano itu dimainkan . tiba-tiba , kelihatan sebuah piano berwarna putih di atas pentas yang sangat luas itu . Dia melihat ada kelibat orang di situ . Ya , seorang lelaki !
Maria berlari-lari dan terus naik ke pentas . Semakin dia menghampiri lelaki itu , semakin kuat bunyi alunan muzik . lagu River Flows In You itu dimainkan dengan penuh asyiknya membuatkan Maria terbuai seketika . apabila hampir jarak sedepa , pemuda itu berhenti bermain . Maria sudah berasa kecut perut . 
Tidak beberapa lama kemudian , lelaki itu mengambil kapak di sebelahnya lalu menghancurkan piano itu dengan ganas ! Maria sangat terperanjat akan tindakan gila lelaki itu .
Maria : ehh , apa yang awak buat dengan piano tuu ? berhenti ! >.<
Lelaki itu mengendahkan segala apa yang Maria cakapkan . ya , tidak ubah seperti mencurah air ke daun keladi . lelaki itu terus mencampak sheet music lagu yang telah dimainkan ke udara . maka , berterbanglah segala kertas-kertas di situ . Maria tidak berani datang dekat kerana lelaki itu memegang kapak . 
Maria : apa masalah awak sampaikan awak nak musnahkan piano yang mahal macam tu ? awak tade perasaan ke ?
tiba-tiba lelaki itu berkata.....
lelaki : aku tak guna .
Maria : ehh ? -.-
lelaki : macam aku cakap tadi , AKU TAK GUNA !!!!
lelaki itu mencampak kapak itu dengan perasaan yang amat marah . Jelas kelihatan air matanya sudah jatuh berjujuran . Ditanggungi dengan rasa yang amat sakit dan perih . lelaki itu segera memandang Maria yang serba ketakutan itu . Maria terkejut apabila dia melihat lelaki itu bertaring namun kekacakan rupa lelaki tetap terserlah . Tetapi , mulutnya sudah berlumuran darah !
Maria : ARGGHHHHHHHHH..........!!!!!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Awak tak apa-2 ?'' 
Maria tersedar dari lamunannya . Ya , dia sudah kembali ke alam nyata . sudah kembali dari mimpi yang dia alami sejak kebelakangan ini . Maria menatap kembali lelaki itu . Ya ! sama seperti dalam mimpinya . Maria sudah mula ketakutan namun dia cuba menyembunyikan sahaja . 
Maria : Saya tidak apa-apa . Maafkan saya ya . Saya kena cepat ni . 
Lelaki : Oh . tak apa . lain kali kalau berjalan pandang depan ya . takut awak terlanggar tiang pula nanti ^^ hehe . baiklah saya pergi dahulu .
Maria : selamat tinggal dan maafkan saya sekali lagi ^^"
Lelaki itu tersenyum dan berlalu pergi ke bilik guru barangkali . Maria hairan . Siapakah lelaki itu . pelajar sekolah barukah ? namun bukan itu persoalannya tetapi mengapa lelaki itu sama seperti lelaki bertaring dalam mimpinya ??? 
Dia tahu dia tidak perlu fikirkan perkara itu sekarang . paling penting , dia harus melarikan diri daripada 'orang asing' yang memandang pelik kepadanya . dia sudah perasan bahawa ada beberapa pelajar perempuan memandang cemburu terhadapnya . barangkali terlanggar dengan lelaki kacak . siapa yang tidak terpikat bukan ??
Kelas menjadi senyap sunyi seperti di tanah perkuburan apabila dia menjejak kaki ke situ . Ya , memang di sekolah Maria orang yang paling bernasib malang kerana selalu menjadi mangsa buli kepada semua pelajar Tingkatan 2 di sekolah itu . Namun , Maria tetap dengan prinsipnya ''selamba asalkan bergaya'' HAHA
Maria duduk di tempatnya . Di sebelah mejanya tiada orang . Dia tahu tiada siapa mahu dan sudi duduk dengannya . Dia tiada teman di sekolah , kawan karib juga jauh sekali . Sedang asyik dia mengeluarkan buku-buku untuk pembelajarannya , cikgu Bahasa Melayu nya masuk dengan membawa seorang pelajar lelaki . Tidak lain tidak bukan , lelaki yang telah dia langgar tadi ! Ketua kelas memberi salam dan diiringi membaca doa sebelum memulakan pelajaran . 
Cikgu Nur : Baiklah , sebelum itu , saya ingin memperkenalkan pelajar yang baru masuk ke sekolah ini , Adam Bin Ahmad . Sila memperkenalkan diri , Adam . 
Lelaki : *angguk* Nama saya Adam BIn Ahmad . Saya baru sahaja masuk ke sekolah ini . Jadi , berilah kerjasama kepada budak baru macam saya ini . 
Pelajar-pelajar perempuan di situ sudah mula bising . Siapa yang tidak bising kalau dah nampak pelajar yang kacak seperti Ashraf Muslim bukan ? Namun , Maria duduk membisu sahaja di belakang . Barangkali masih memikirkan akan mimpi buruknya itu .
Cikgu Nur : baiklah , daripada kamu semua bising-bising begini , baik saya suruh Adam duduk di tempatnya . 
Mary : Adam , awak duduk sebelah saya sajalah . kosong ni .
Adam : ^_^ *senyumtawar*
Cikgu Nur : ikut kamulah nak duduk di mana asalkan kamu selesa untuk berlajar ya Adam dan awak kena biasakan diri dengan mereka . mereka ini aga hyper sedikit ^^"
Adam : Hehe  . Baiklah cikgu . tiada masalah . 
Maria yang duduk di belakang itu berlagak selamba . Dia sudah menjangkakan bahawa tiada siapa yang ingin duduk dengannya namun , dia terasa panas di belakang badannya . dia menoleh ke kanan dan Adam di sebelahnya sedang tersenyum manis kepadanya . Dia berpaling kerana dia sudah takut melihat  senyuman yang seakan drakula itu  . Padanlah kelas menjadi senyap sahaja . 
Barangkali Maria mendapat tuah kerana dapat duduk bersama lelaki kacak seperti itu . Mary yang sudah gila bayang itu pun sudah mengoyak tisu menjadi cebisan kecil tanda protes kerana tidak dilayan . 
Mary : tunggulah kau Maria . kau taulah apa akibatnya kau gedik dengan orang yang layak berdamping dengan aku.....
bersambung.....

Jangan Copy ! Thanks sudi baca :)

No comments:

Post a Comment