Blood And Music Part 1

Jam loceng sudah menandakan keramat saktinya pada pukul 6 pagi . sungguh bingit sekali membuatkan si puteri tidur yang terlena pasti terkejut beruk dan berhajat untuk mencampak jam loceng itu ke dinding . si gadis itu terus bangun dengan matanya yang kuyu itu dan menghentikan bunyi bingit itu . segera dia membuka langsir di tepi katilnya .
Maria : awal lagi ni =.= rasa nak tidur baliklah pula . urghh.... #tekupmuka
Mama : MARIA ! banguuunnn.....! dah lewat dah ni......
Maria : kejab ma ! maria nak ambik tuala ni . #awallagilahmama.
Mama : jangan culas nak mandi ok . selalunya orang tak selalu mandi ni , vampire suka tau tak . cubalah jarang mandi , nanti biar datang ke maria nanti .
Maria : mama ! mama janganlah nak buat lawak seram pula ! mana ada vampire dekat dunia ni ma . cerita dongeng saja tuu .
mereka berbual kosong padahal mamanya di tingkat bawah , anaknya ditingkat atas . tidak hairanlah anak-beranak boleh mencapai pic tinggi seperti suprano itali . hehe... Maria segera masuk ke bilik air mengelakkan dirinya akan terlewat ke sekolah nanti . 
Usai sahaja menguruskan diri , Maria turun ke tingkat bawah untuk bersarapan dengan satu-satunya ibu yang tersayang . Ibu dan bapanya telah bercerai . mengapa mereka bercerai pun Maria tidak tahu . namun , Maria sentiasa berhubung dengan ayahnya . ya , hubungan anak dan ayah tidak dapat dipisahkan . sebab itu Maria tidak begitu sedih apabila mendapat tahu mereka sudah bercerai . paling penting baginya , cukuplah ada insan yang menyayanginya .
Mama : mariaa.... cuba kebelakangkan sikit tudung awak tu . tak lawalah . ke depan sangat tudung awak tuu . mari mama betulkan . 
Maria : mama , tape-2 . biarkan saja macam tu . lagi tak lawa kalau orang nampak muka bulat maria nanti . 
Mama : siapa kata anak mama tak lawa ? anak mama lawalah . macam mana pun tetap lawa dan muka bulat pun comel jugalah :)
Maria : mama , mama cakap macam tu sebab muka mama memang lawa tapi maria , semua ejek maria macam budak kerek je .
Mama : kenapa pula sayang ?
Maria : diorang kata maria ni selalu jalan menunduk kalau pergi mana-2 dan tambahnya lagi maria ni selalu kedepankan tudung . mereka fikir maria ni kawan dengan vampire =..=
Mama : dah awak tu suka sangat dengan benda-2 horror macam tu ., mestilah dorang buat tanggapan pelik dekat awak ;)) mama taknak awak korbankan masa remaja awak dengan perkara macam ni sayang :o
Maria : maria tak korbankan macam tu saja ma . maria nikmatinya dengan seronok . biarlah orang pandang pelik dengan maria asalkan maria tak kacau mereka sudah :DD
Mama : ikut kamulah maria . anak mama ni degil dia boleh tahan . hehe . cepat ! nanti tertinggal bas susah nanti .
Maria yang baru tersedar bahawa dia asyik berborak dengan ibunya segera menyambar roti bakar dan jus oren yang sejuk . dia sudah terlambat ! salah dia juga mengapa dia asyik layan si ibunya itu . tetapi sekurang-kurangnya , dia dapat meluahkan perasaannya kepada ibu walau sikit sahaja . 
gadis yang membawa beg hitam yang dipenuhi dengan gambar tengkorak itu terus memakai kasut kulitnya itu . pada waktu itu jugalah bas berwarna kuning sampai di hadapan rumahnya itu dan menekan hon berkali-kali . Maria mendengus melihat telatah pemandu bas yang selalu panas baran sahaja . dia segera berlari masuk ke dalam bas itu .
Pemandu bas : budak ! lain kali jangan lambat lagi ya !
Maria : saya tak lambatlah pakcik . pakai kasut je kot -.-
Pemandu bas : ahh... tade-2 . sama je lambat . dah-2 . pergi ke belakang sana duduk . menyampah aku tengok .
Maria : *diam* #sampaihatipakcik. (lalu mencari tempat duduk)
Maria mencari tempat duduk tetapi sayang semuanya penuh . namun begitu , bukan penuh dengan orang yang diduduki tetapi penuh dengan beg yang diletakkan ke tepi . ahh... Maria tahu semuanya tidak mahu dia duduk bersama mereka . Maria rasa terpinggir dan ingin menangis namun dia cekalkan semangatnya . Maria bukan seorang yang cengeng ! Maria budak horror yang selamba ! dengan selambanya , dia berdiri sahaja di dalam bas itu sehinggalah sampai ke sekolah HEHE .
sampai saja di sekolah , maria berjalan dengan laju ke kelasnya , kelas 2 Kerongsang 1 . dia mengabaikan sahaja orang yang memandangnya sekeliling dan tekadkan hati untuk lari daripada mereka yang fikir dia adalah sahabat kepada vampire . mereka yang dia maksudkan adalah SEMUA pelajar tingkatan 2 di sekolah itu .  tiba-2 dia terlanggar seseorang tanpa disedari lalu dua-2 makhluk Tuhan itu tersungkur .
Maria : saya minta maaf ! saya minta maaf ! saya kena cepat ! Y____Y #bersalah (sambil tertunduk-tunduk)
Maria segera memandang gerangan yang bertuah setelah dilanggar olehnya . Terkejut bukan kepalang dibuatnya . lelaki itu .... pernah hadir dalam mimpinya !
bersambung.......
p/s : panjang tak ??? hehehehe....



Jangan Copy ! Thanks sudi baca :)

No comments:

Post a Comment